X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Bersatu sambut baik konsep 'Keluarga Malaysia'

Muhyiddin Yassin. - Foto Awani
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyambut baik konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pendekatan itu amat bertepatan bagi memelihara keharmonian antara rakyat Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan budaya.

“Bersatu yakin barisan Jemaah Menteri yang baru dilantik mampu mentadbir negara selari dengan aspirasi rakyat yang mahukan proses pemulihan negara berjalan lancar dan inklusif,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menghayati tema Hari Kebangsaan 2021 iaitu Malaysia Prihatin, Muhyiddin berkata, Bersatu berazam dan bertekad memperkasakan amalan politik khidmat bakti kepada rakyat di semua peringkat.

Jelasnya, ia terutama membantu rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Bersatu menyeru kepada semua pihak untuk mengetepikan segala perbezaan yang ada dan seterusnya memperbaharui iltizam nasional secara kolektif untuk terus fokus kepada agenda membangunkan negara dan membela rakyat,” katanya.

Tambah Muhyiddin, usaha yang berterusan perlu untuk mengukuhkan perpaduan antara rakyat Malaysia yang majmuk dan seterusnya menjadi pemangkin atau pemacu kepada kemajuan negara pada masa hadapan daripada segala aspek seperti ekonomi, pendidikan dan sosial.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!