RM6,300 melayang, pemuda kempunan iPhone 12 Pro Max

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Hasrat seorang pelayan restoran untuk membeli iPhone 12 Pro Max tidak kesampaian selepas diperdaya dalam urusan pembelian telefon pintar sehingga kerugian RM6,300.

Lelaki berusia 20 tahun bekerja di Genting Highlands dikatakan tertarik dengan iklan menjual telefon terbabit di laman sosial Instagram pada pertengahan Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa telah menghubungi penjual untuk berbincang sebelum bersetuju membeli telefon itu.

Menurutnya, selepas itu mangsa diminta membuat pembayaran pertama sebanyak RM2,800 dan pembayaran kedua RM3,500 ke dalam dua akaun berbeza.

“Selepas memasukkan wang berkenaan, mangsa diminta untuk memasukkan lagi wang tetapi mangsa enggan berbuat demikian.

"Mangsa mula berasa curiga dan mengesyaki telah ditipu sebelum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Wazir berkata, kes masih lagi disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdaya mangsa dengan menawarkan penjualan iPhone tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian.

Artikel Berkaitan: