X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Usah panjangkan isu nama kerajaan baharu: Annuar

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia,Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media dan taklimat Kasih [email protected] Rumah Prihatin Grand Season malam tadi. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Semua pihak perlu berhenti memanjangkan isu nama kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, fokus kini perlu ditumpukan kepada usaha membantu rakyat dan mewujudkan kestabilan politik agar agenda kerajaan seperti Pelan Pemulihan Negara dapat diteruskan.

Katanya, semua pihak perlu faham bahawa kerajaan yang terbentuk sekarang adalah berasaskan permuafakatan Ahli Parlimen yang tidak mahu melihat ketidaktentuan politik dan kerajaan yang wujud sebelum ini berlarutan sehingga menjejaskan kehidupan rakyat.

"Kalau kita biar negara terjebak dalam ketidaktentuan politik, politik yang berlarutan serta ketidaktentuan kerajaan, rakyat akan rugi.

"Sebab itu saya kata cara paling baik ialah tidak usah panjangkan tentang isu nama, kita tumpukan kerja kepada rakyat,” katanya ketika mengulas kenyataan beberapa pemimpin politik berbeza fahaman berkaitan nama kerajaan baharu yang terbentuk ketika ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata demikian kepada pemberita pada Malam Kasih Merdeka anjuran Rumah [email protected] Grands Seasons sempena Hari Kebangsaan ke-64 di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!