‘Kami akan ikhtiar perkasakan ekosistem pendidikan’

Al-Sultan Abdullah (kanan) berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (kiri) di Istana Negara hari ini. Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah (kanan) berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (kiri) di Istana Negara hari ini. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin memberi jaminan akan terus melakukan yang terbaik dan berusaha gigih bagi memperkasakan pendidikan negara.

Menurutnya, amanah yang diberikan kepada mereka akan dijunjung sehabis baik.

“Selepas majlis mengangkat sumpah petang tadi, saya terus ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah Pendidikan serta pengurusan tertinggi KPM.

“Dalam tempoh 18 bulan berada di KPM sebelum ini, banyak perkara yang telah kami capai dalam usaha menambah baik pendidikan negara,” katanya menerusi satu tulisan di Facebooknya pada Isnin.

Mohd Radzi antara 30 menteri dan 37 timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Artikel Berkaitan: