Penangguhan pemilihan UMNO dibuat secara teratur

Datuk Seri Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan penangguhan pemilihan UMNO untuk penggal 2021/2023 dilakukan secara teratur.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia berdasarkan semakan kepada keterangan dan dokumen tambahan yang telah beliau dan peguam UMNO berikan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 9, 11 dan 18 Ogos serta beberapa keterangan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 24 Ogos lalu.

“Oleh itu, pemilihan jawatan UMNO untuk MKT, bahagian dan cawangan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kepada RoS iaitu sebelum 29 Disember 2022.

“Walaupun begitu, mesyuarat tahunan untuk cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung (tanpa pemilihan) dengan kehadiran satu per empat korum masih perlu diadakan pada tarikh dalam 2021 ini.

“Tarikh-tarikhnya akan dimaklumkan kemudian,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, RoS menetapkan keputusan MKT UMNO pada 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah.

Ahli Parlimen Pontian itu turut mengucapkan penghargaannya kepada semua yang terlibat dalam parti itu kerana memberi panduan serta ahli yang sabar dengan situasi berkenaan.

“Terima kasih kepada Ketua Pengarah RoS atau Pendaftar Pertubuhan dan pegawainya yang telah memberikan kerjasama baik di sepanjang semakan dan pertemuan kami,” katanya.

Artikel Berkaitan: