X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Dua penganggur ditahan curi tabung masjid, surau

A
A

PARIT - Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 13 kes curi tabung masjid dan surau sekitar daerah Perak Tengah apabila menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di Bota di sini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek berusia 19 dan 24 tahun itu disyaki aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Menurut, mereka yang merupakan penganggur tidak bergerak sebagai satu kumpulan sebaliknya mencuri sendirian di sekitar Seri Iskandar, Bota dan Kampung Gajah.

"Remaja terbabit mencuri tabung di enam masjid, sebuah surau dan empat premis perniagaan di daerah ini sebelum ditahan pada Khamis lalu.

"Suspek kedua pula ditahan pada Sabtu disyaki mencuri di lima masjid dan sebuah surau," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah turut didapati positif dadah jenis methamphetamin.

"Bagaimanapun, polis akan membuat permohonan bagi melanjutkan reman ke atas kedua-dua suspek susulan tempoh reman mereka tamat pada Isnin.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!