Menteri sudah boleh mula buat kerja

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika memulakan tugas hari ini di Kementerian Kesihatan Malaysia. Foto Bernama
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika memulakan tugas hari ini di Kementerian Kesihatan Malaysia. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Cabaran menanti pimpinan kerajaan yang baharu selepas seramai 30 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini.

Pada Isnin, Istiadat bermula dengan ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada jam 2.30 petang di Istana Negara.

Kesemua mereka melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Bagaimanapun, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin tidak dapat hadir.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga tidak dapat hadir kerana menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat pesakit Covid-19.

Pada Jumaat lalu, Ismail Sabri mengumumkan senarai anggota kabinet baharu pentadbirannya dan menyifatkan barisan ‘Kabinet Berorientasi Hasil’ itu adalah pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara, hari ini. - Foto Bernama

Dijangkakan kesemua mereka akan memulakan tugas masing-masing dan mata masyarakat kini tertumpu kepada tindakan pimpinan baharu ini dalam merealisasikan langkah pembaharuan negara.

Artikel Berkaitan:

Pembaharuan itu dilihat dalam aspek pengurusan pentadbiran kerajaan selain daripada pemerkasaan institusi Parlimen.

Beberapa menteri sudah melapor diri hari pertama selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Antaranya ialah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Annuar Musa bercakap ketika sidang media pada hari pertamanya bertugas sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia di pejabatnya hari ini. Foto Bernama
Annuar Musa bercakap ketika sidang media pada hari pertamanya bertugas sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia di pejabatnya hari ini. Foto Bernama

Di samping itu, berkemungkinan cadangan untuk Lembah Klang beralih kepada fasa kedua mungkin akan turut dibincangkan selepas kadar vaksinasinya sudah melebihi 80 peratus.

Pada Isnin, Ismail Sabri berkata, keputusan untuk peralihan fasa itu akan diputuskan selepas perbincangan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan Kabinet.

“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80 peratus. Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya.

“Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti, InsyaALLAH,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya pada Isnin.

Selain itu, antara yang akan menjadi fokus rakyat tentunya Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Pertukaran Khairy dijangka mungkin boleh memberi satu hala tuju berbeza kerana beliau telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik ketika memegang jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam pentadbiran terdahulu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba bersama Timbalannya, Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim melihat proses pembotolan vaksin CanSino di Solution Biologics Sdn Bhd di Taman Teknologi Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

Rakyat berharap pelantikan Khairy ke portfolio baharunya dapat memantapkan lagi program vaksinasi negara.

Secara keseluruhannya, pelantikan kabinet baharu ini menandakan bermulanya perjalanan cabaran kearah mencapai paras kayu ukur (KPI) bagi semua menteri dan timbalan menteri selama 100 hari.

Perancangan jangka panjang dan pendek yang bakal dirangka oleh barisan kerajaan pimpinan Ismail Sabri akan menjadi faktor dalam mempengaruhi perkembangan misi 100 hari.