Saksi nahas penunggang motosikal maut diminta tampil

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian kemalangan di Kilometer 26.6 Lebuhraya Damansara Puchong pada Sabtu, tampil bantu siasatan.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian kemalangan di Kilometer 26.6 Lebuhraya Damansara Puchong pada Sabtu, tampil bantu siasatan.
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis meminta saksi awam yang melihat kejadian kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Kilometer 26.6 Lebuhraya Damansara Puchong berhampiran susur masuk ke Taman Maju Jaya, di sini pada Sabtu, tampil membantu siasatan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai N Mohan Rajah berusia 45 tahun.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kemalangan kira-kira jam 12.10 tengah hari itu membabitkan penunggang motosikal dan sebuah lori tunda.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa lelaki warga tempatan itu dalam perjalanan dari arah Puchong Perdana ke arah Puchong Utama.

"Mangsa dibawa ke Hospital Serdang dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Inspektor K Ratnacristinavany di talian 017-9074893.

Artikel Berkaitan: