Tular video warga emas merangkak sebelum rebah

Warga emas berkenaan dilihat cuba berpaut pada katil untuk berdiri namun rebah sebelum meninggal dunia.
Warga emas berkenaan dilihat cuba berpaut pada katil untuk berdiri namun rebah sebelum meninggal dunia.
A
A
A

ALOR SETAR - Kejadian seorang lelaki warga emas yang merangkak di atas lantai sambil cuba berpaut pada katil untuk berdiri sebelum dilihat rebah mendapat perhatian warganet.

Rakaman video itu didakwa berlaku di sebuah wad hospital di Kedah yang kini tular telah mencetuskan kemarahan warganet.

Berdasarkan rakaman terbabit, menunjukkan seorang lelaki yang sangat lemah itu cuba berdiri dengan memaut pada katil pesakit lain dipercayai di wad yang menempatkan pesakit Covid-19.

Warga emas itu kemudiannya dilihat terbaring di lantai tanpa ada sesiapa yang datang membantunya sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir kira-kira 40 minit selepas itu.

Video itu turut menunjukkan lelaki terbabit terbaring kaku di lantai dengan beg kencingnya masih berada disebelahnya.

Kejadian itu dikatakan berlaku di hospital kerajaan berdasarkan jubah hijau yang dipakai pesakit lain yang dilihat di lokasi itu.

Mesej yang menyusuli video itu mendakwa seorang pesakit telah memaklumkan kepada jururawat bertugas mengenai keadaan warga emas berkenaan, namun disuruh ‘memeriksa sama ada lelaki itu masih hidup atau tidak’.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung perkara itu dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan.

Artikel Berkaitan: