Lebih 3,000 di Terengganu semarakkan Program Malaysia#QuranHour

Antara reaksi peserta yang menggunakan saluran Google Meet SMK Paka, Dungun untuk memeriahkan sambutan Malaysia # Quran Hour.
Antara reaksi peserta yang menggunakan saluran Google Meet SMK Paka, Dungun untuk memeriahkan sambutan Malaysia # Quran Hour.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Lebih 3,000 umat Islam di negeri ini memeriahkan Program Malaysia #QuranHour Sempena Hari Kebangsaan dengan tema ‘Formula Malaysia Berbudi dan Penyayang’ pada Isnin.

Pengerusi Rumah Ngaji Terengganu, Mohd Al-Azahary Abdullah Sani berkata, program selama sejam itu dilaksanakan serentak bermula jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari dalam suasana norma baharu melalui aplikasi Zoom, YouTube dan Facebook live.

Katanya, antara lokasi yang menyahut seruan program Malaysia#QuranHour itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paka, Dungun; Masjid Al- Muktafi Billah Shah, di sini dan Universiti Sultan Zainal Abidin ( UNiSZA ) Gong Badak, Kuala Nerus.

"Jika di SMK Paka, saya menerima maklumat seramai lebih 1,000 penyertaan yang bukan sahaja daripada pelajar dan guru, tetapi sambutan luar biasa daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.