PDRM ucap tahniah kepada Menteri, Timbalan Menteri KDN

Acryl Sani
Acryl Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin atas pelantikan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri pada Isnin.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM akan terus komited dalam menjaga keamanan negara.

"PDRM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas pelantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said di atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri I," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Jonathan Yasin di atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri II.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan kesemua 31 menteri dan 37 timbalan menteri selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Artikel Berkaitan: