'Kemerdekaan sebenar bebaskan pemikiran dari pengaruh budaya negatif'

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

SHAH ALAM – Kemerdekaan mesti ditafsirkan dan difahami dengan makna yang lebih luas daripada kefahaman yang sekadar menyatakan kemerdekaan dikecapi dengan keluarnya penjajah dari tanah jajahan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kemerdekaan yang sebenar adalah kejayaan dalam membebaskan pemikiran kita daripada pengaruh ajaran dan budaya negatif yang ditinggalkan oleh para penjajah bagi merosakkan fikiran rakyat serta tanah air.

“Islam membawa dua prinsip penting bagi mengisi kemerdekaan supaya kewujudan masyarakat majmuk di negara kita ini terus terpelihara iaitu prinsip tiada paksaan dalam beragama dan juga prinsip adil terhadap semua,” katanya menerusi tulisan perutusan khas Hari Kebangsaan 2021 di Facebooknya pada Isnin.

Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang menambah, dengan tema ‘Malaysia Prihatin’ yang dibawa pada tahun ini, seluruh rakyat Malaysia harus bersama-sama memastikan kemerdekaan yang telah kita kecapi sejak 64 tahun lalu terus terpelihara sebaiknya.

“Marilah kita tunjukkan kepada semua bahawa kita mampu mengumpulkan seluruh kebaikan yang ada daripada semua bangsa yang hidup bersama dalam Malaysia yang kita cintai ini.

“Sekali gus kita bersama-sama membina negara Malaysia yang maju, adil dan sejahtera,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: