Malaysia #QuranHour dapat sambutan

Peserta menyertai Malaysia #QuranHour. - Foto ihsan pembaca
Peserta menyertai Malaysia #QuranHour. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Program Malaysia #QuranHour sempena Hari Kebangsaan 2021 mendapat sambutan walaupun peserta hanya mengikuti menerusi siaran televisyen dan platform laman sosial.

Pengerusi Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah berkata, pihaknya menerima maklum balas positif daripada 90 penggerak Rumah Ngaji di seluruh negeri.

"Walaupun tiada sesi bersemuka, program ini diteruskan secara maya dengan sama-sama membaca surah Al-Mulk menerusi siaran televisyen seperti TV Alhijrah atau aplikasi Zoom.

"Kita tidak dapat pastikan jumlah peserta yang terlibat namun saya yakin setiap masyarakat mengikutinya dan sama-sama mendoakan Keluarga Malaysia," katanya.

Menurutnya, agensi-agensi lain yang tidak ketinggalan menyertai antaranya Perpustakaan Awam Perak, Jabatan Pendidikan Negeri selain Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Islam Perak.

"Kempen yang kita uar-uarkan di media sosial sejak seminggu lalu berhasil apabila program hari ini mendapat sambutan hangat.

"Kita nampak semua masyarakat turut serta tidak kira sama ada di rumah bersama keluarga mahupun di pejabat," katanya.

Artikel Berkaitan: