Johor lancar Jualan Makmur Johor dalam talian

Hasni Mohammad (tengah) melakukan gimik Pelancaran Jualan Makmur Johor (JMJ) sambil diiringi Fat Full (dua dari kiri) melancarkan Jualan Makmur Johor secara atas talian di bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini pada Isnin.
Hasni Mohammad (tengah) melakukan gimik Pelancaran Jualan Makmur Johor (JMJ) sambil diiringi Fat Full (dua dari kiri) melancarkan Jualan Makmur Johor secara atas talian di bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri melancarkan program Jualan Makmur Johor (JMJ) dengan menawarkan harga berpatutan bagi pelbagai barangan keperluan menerusi platfrom dalam talian, Shopee.my bermula Isnin hingga November depan.

Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr Chong Fat Full berkata, JMJ dijangka mampu memberi manfaat kepada 25,000 pengguna yang menetap di negeri ini.

''JMJ merupakan inisiatif kerajaan negeri dengan kerjasama Shopee dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor bertujuan membantu golongan B40 dan M40 yang sangat terkesan akibat pandemik Covid-19.

"Sebanyak RM500,000 diperuntukkan kerajaan negeri menerusi program ini dan bakal menawarkan pembelian barangan keperluan dengan potongan harga sebanyak RM20 bagi setiap minimum RM40 pembelian di Shopee menerusi baucar Jualan Makmur Johor,'' katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum itu, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad melancarkan program JMJ di Pejabat Menteri Besar Johor, di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Salehudin Hassan; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Datuk Dr. Badrul Hisham Kassim; Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro dan Ketua Dasar Awam dan Hal Ehwal Kerajaan, Shopee Malaysia, Leeroy Ting Kah Sing.

Fat Full berkata, pautan JMJ boleh didapati dalam aplikasi Shopee dan pelbagai barangan keperluan daripada pelbagai vendor disediakan mengikut pilihan pengguna.

''JMJ dikhaskan kepada seluruh warganegara yang beralamat di negeri ini dan pihak Shopee turut menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negeri Johor.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang program berkenaan dengan melayari laman web https://shopee.com.my/m/jmj," katanya.