Sila log masuk terlebih dahulu.

Ajinomoto tawar wang tunai RM11,000

AMB mengagihkan sumbangan kepada penduduk PPR dan PA di seluruh Lembah Klang.
AMB mengagihkan sumbangan kepada penduduk PPR dan PA di seluruh Lembah Klang.
A
A
A

SHAH ALAM - Ajinomoto Malaysia Berhad (AMB) menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM11,000 menerusi 'Low Sadium Recipe Challenge' sempena Kempen Kurang Garam, Umami je.

AMB berkata, hadiah wang tunai itu menanti pemenang melalui program terbabit yang boleh disertai bermula 25 Julai lalu hingga 12 September 2021.

"Kempen itu bertujuan untuk menggalakkan masyarakat umum mengurangkan pengambilan garam dalam masakan seharian mereka bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan.

“Pelbagai aktiviti menarik telah diatur bermula 25 Julai lalu hingga 30 September 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

AMB berkata, orang ramai boleh menunjukkan kreativiti dalam menyediakan resipi yang sedap serta rendah garam dengan menggunakan penambah perisa Umami AJI-NO-MOTO.

“Mereka hanya perlu mengambil gambar hidangan masing-masing, muat naik resipi hidangan tersebut dan nyatakan jumlah garam serta penambah perisa Umami AJI-NO-MOTO yang digunakan. Kemudian, tag di Facebook atau Instagram Hi Ajinomoto MY.

“Kami juga telah mengatur sesi 'Zoom Cooking Class' untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengambilan rendah garam dalam kalangan masyarakat umum yang berlangsung sejak 21 Ogos hingga 4 September 2021,” katanya.

Menurut AMB, antara pakar kulinari yang akan tampil pada sesi kelas masakan itu ialah Chef Lin, Chef Man dan Chef Azreen yang akan berkongsi resipi rendah garam yang menarik dan lazat.

Artikel Berkaitan:

"Jangan lupa untuk menempah slot anda melalui halaman Hi Ajinomoto MY Facebook atau gerai maya syarikat Ajinomoto di Pameran Maya Bulan Nutrisi Malaysia (NMM)," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, AMB juga telah bekerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk menyumbangkan bahan makanan kepada 400 keluarga yang tinggal di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di seluruh Lembah Klang.

"Melalui sumbangan ini, syarikat berharap agar inisiatif ini dapat mengurangkan beban masyarakat sepanjang waktu yang mencabar ini," jelas kenyataan itu.