Tapak Pelupusan Sampah Jeram mampu bertahan sehingga 2025

Tapak Pelupusan Sampah Jeram dijangka bertahan sehingga 2025. Foto hiasan.
Tapak Pelupusan Sampah Jeram dijangka bertahan sehingga 2025. Foto hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Tapak Pelupusan Sampah Jeram sedia ada yang berkeluasan 117.6 hektar dijangka dapat bertahan sehingga tahun 2025 depan, kata Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han.

Menurut Sze Han, berikutan itu, kerajaan negeri pada tahun 2018 telah meluluskan tanah seluas 81.2 hektar yang terletak bersebelahan dengan tapak pelupusan sedia ada bagi pembangunan Pusat Integrasi Pengurusan Sisa Pepejal (ISWMC) atau Loji Waste to Energy (WTE).

Beliau berkata, ISWMC dijangka akan memulakan operasi pada tahun 2025 dengan kapasiti 2,700 metrik tan sampah sehari.

"Oleh demikian, mengambil kira jumlah sisa pepejal yang diterima, jangka hayat di tapak pelupusan itu akan mampu menampung sisa pepejal untuk tempoh 30 tahun," katanya sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dibangkitkan oleh Mohd Shaid Rosli (Pejuang-Jeram) berhubung jangkaan projek pelupusan tapak sisa pepejal itu akan disiapkan oleh kerajaan negeri.

Dalam pada ini, Sze Han berkata, Worldwide Holdings Berhad (WHB) juga telah membelanjakan hampir RM3 juta tahun lalu untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf tapak pelupusan di negeri ini.

"WHB juga sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam membantu memastikan penyelengaraan infrastruktur berada pada tahap memuaskan.

"WHB turut memberikan notis peringatan kepada semua pelanggan agar menggunakan laluan yang dibenarkan sahaja untuk ke tapak dan larangan masuk akan dikenakan bagi pelanggan yang tidak mematuhi arahan berdasarkan aduan daripada PBT," katanya.

Artikel Berkaitan: