Selangor catat kes baharu Covid-19 bawah 4,000

Info grafik kes baharu Covid-19 mengikut negeri pada Isnin.
Info grafik kes baharu Covid-19 mengikut negeri pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor kembali mencatatkan kes baharu Covid-19 di bawah 4, 000 kes dengan 3,567 kes pada Isnin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, kali terakhir Selangor mencatatkan kes bawah 4,000 pada 7 Julai lalu dengan 3,119 kes.

"Hanya Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Johor menunjukkan peningkatan kes," katanya menerusi status dimuat naik di Facebook rasminya pada Isnin.

Menerusi info grafik yang dikongsi di Facebook KKM menunjukkan, Selangor masih kekal merekodkan kes tertinggi harian dengan 3,567 kes.

Selain Selangor, turut mencatatkan kes harian Covid-19 empat angka ialah Johor (2,265), Sabah (2,310), Kedah (2,084), Sarawak (2,028), Pulau Pinang (1,780), Kelantan (1,308) dan Perak (1,144).

Sementara itu, negeri yang mencatatkan kes bawah 1,000 ialah Pahang (788), Kuala Lumpur (672) dan Melaka (395) manakala tiga negeri dengan kes bawah 100 ialah Perlis (71), Putrajaya (41) dan Labuan (2).

Jumlah kes baharu pada Isnin mencatatkan penurunan dengan 19, 268 kes berbanding 20,579 pada Ahad.

Artikel Berkaitan: