Remaja 15 tahun dakwa diperkosa bapa kandung

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KLANG - Seorang remaja berusia 15 tahun mendakwa diperkosa oleh bapa kandungnya di kediaman mereka di Kampung Johan Setia, di sini, kira-kira jam 1 pagi pada Januari tahun ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu kepada ibunya lalu membuat laporan polis pada Khamis lalu.

"Berdasarkan laporan polis, mangsa mendakwa didatangi bapanya itu semasa berada dalam bilik rumah mereka.

"Suspek masuk ke dalam bilik mangsa dan memperkosanya.

"Kemudian suspek mengugut mangsa supaya tidak memberitahu ibunya mengenai perbuatannya itu dengan mengancam mahu membunuh ibu mangsa sekiranya dia berbuat demikian," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, susulan itu sepasukan polis Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan suspek di Klang, kira-kira jam 7 petang, pada Khamis.

Katanya, semakan mendapati suspek berusia 42 tahun itu memiliki satu rekod jenayah bersabit kes Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori kini direman tujuh hari sehingga 2 September untuk siasatan di bawah Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: