Melaka dijangka capai imuniti kelompok lebih cepat

Rahmad(kanan) ketika bertanya kepada individu penerima vaksin di PPV Mega, Stadium hang Jebat, Krubong, di sini, pada isnin.
Rahmad(kanan) ketika bertanya kepada individu penerima vaksin di PPV Mega, Stadium hang Jebat, Krubong, di sini, pada isnin.
A
A
A

MELAKA - Melaka bakal mencapai imuniti kelompok menjelang akhir Oktober depan berdasarkan kepantasan kadar vaksinasi semasa berbanding sasaran kerajaan pusat sebelum ini.

Exco kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, dengan pembukaan dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega yang beroperasi pada Isnin, mampu menampung hampir 22,000 dos suntikan vaksin Covid-19 sehari sekali gus mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Katanya, angka itu sekali gus menjadi penanda aras untuk mempercepatkan kadar vaksinasi bagi populasi 18 tahun ke atas mencapai imuniti berkelompak dalam tempoh dua bulan.

"Dengan adanya dua PPV Mega iaitu di PPV Stadium Hang Jebat yang boleh menampung 5,000 dos sehari dan PPV Stadium Alamanda, Jasin sebanyak 3,000 dos sehari akan menjadikan jumlah keluruhan kapasiti suntikan setiap hari meningkat kepada 21,942 suntikan, " katanya ketika lawatan di PPV Mega Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, Melaka akan menerima bekalan vaksin tambahan kira-kira 300,000 dos vaksin pada bulan depan setelah 500,000 dos diterima pada bulan ini.

"Jika menghadapi masalah bekalan vaksin, akan merayu kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk membantu,” katanya.

Artikel Berkaitan: