Umur 18 boleh bertanding pilihan raya

Ahmad Fuzi (tengah) bergambar bersama ADUN Pulau Pinang selepas merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-14 pada Isnin.
Ahmad Fuzi (tengah) bergambar bersama ADUN Pulau Pinang selepas merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-14 pada Isnin.
A
A
A

GEORGETOWN - Remaja berusia 18 tahun mungkin layak bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika cadangan itu diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang mula bersidang hari ini.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak berkata, kerajaan negeri berbesar hati dengan kelulusan penggubalan undang-undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2021 bagi penurunan had umur calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 21 tahun ke 18 tahun.

Jelasnya, rang undang-undang (RUU) itu memperuntukkan kelayakan umur bagi menjadi anggota Dewan Undangan Negeri hendaklah 18 tahun atau lebih.

"RUU ini membolehkan individu berumur 18 tahun ke atas di calon pada PRU akan datang dan perkara ini akan melibatkan pindaan Perlembagaan Negeri.

"Rang undang-undang ini akan dibentangkan dalam Sidang DUN ini," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-14 pada Isnin.

Menyentuh mengenai pembangunan belia di negeri ini, Ahmad Fuzi berkata, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang bersama Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) merancang untuk mewujudkan 40 Pusat Belia di Negeri Pulau Pinang.

Katanya, satu Pusat Belia akan diwujudkan di setiap DUN bagi merangsang penglibatan belia dalam program-program dan aktiviti-aktiviti komuniti.

Tambahnya, pusat komuniti itu menyediakan ruang aktiviti untuk belia berinteraksi dan berkongsi idea kreatif serta menggalakkan penganjuran program belia di komuniti mereka.

Artikel Berkaitan: