Istiadat angkat sumpah menteri kabinet bermula

Istana Negara
Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri kabinet di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang berlangsung di Istana Negara di sini bermula jam 2.30 petang Isnin.

Turut berangkat pada istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat berkenaan tidak dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana beliau perlu menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Pada Jumaat lalu, Ismail Sabri mengumumkan senarai Jemaah Menteri baharu melibatkan 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri.

Barisan pentadbiran kerajaan baharu pimpinan Ahli Parlimen Bera itu merangkumi 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri.

Artikel Berkaitan: