Polis teliti rakaman CCTV bantu siasat kes samun motosikal

Gambar Kecil kiri : Beh Eng Lai
Gambar Kecil kiri : Beh Eng Lai
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis dalam proses meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan berhubung kes sepasang kekasih cedera selepas diserang tiga lelaki dalam kejadian samun motosikal di Jalan Kuching di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengambil rakaman CCTV di sekitar lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

"Kami masih mempergiatkan usaha mengesan ketiga-tiga suspek tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sementara itu Eng Lai berkata, doktor yang merawat mangsa terpaksa memotong tangan kanan remaja perempuan berusia 17 tahun itu pada Jumaat.

"Mangsa yang menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Pada Khamis lalu, media melaporkan sepasang kekasih cedera selepas diserang tiga lelaki dalam kejadian samun motosikal di Jalan Kuching pada jam 12.10 tengah malam.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa lelaki cedera di muka dan badan, manakala teman wanitanya cedera di bahu kanan.

Berdasarkan laporan, mangsa dan teman wanitanya menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal Honda RS150 warna kelabu.

Artikel Berkaitan:

Siasatan awal mendapati suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan melarikan motosikal milik mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan kekasih berdepan detik cemas motosikal dihimpit, disamun

Tangan gadis mangsa samun terpaksa dipotong