Solskjaer beri jaminan tak peram Ronaldo

Solskjaer
Solskjaer
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak menolak kemungkinan beberapa pemain akan dilepaskan selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berjaya merekrut kembali Cristiano Ronaldo.

Menurutnya, pasukan itu akan melepaskan beberapa pemain di bahagian serangan dan menegaskan Ronaldo akan diberikan peranan besar dalam kesebelasan utama United.

Dengan tempoh rehat antarabangsa, ia bakal menyaksikan Ronaldo akan melakukan debut keduanya bersama United ketika menentang Newcastle United di Old Trafford pada 11 September ini.

"Kami perlu menyelesaikan semua kertas kerja. Saya berharap kami boleh menyelesaikan semuanya dan mengumumkan Ronaldo menjadi milik kelab ini 100 peratus.

"Ronaldo sekarang akan beraksi bersama Portugal dan jika tidak silap saya untuk tiga perlawanan. Apabila selesai dia akan kembali ke sini bersama Bruno Fernandes dan saya berharap dia sedia untuk diturunkan nanti," katanya.

Beberapa pemain di bahagaian serangan akan dilepaskan oleh Solskjaer dengan Amad Diallo hampir pasti dipinjamkan ke Feyenoord selain Jesse Lingard and Dan James turut berkemungkinan dijual.

"Sudah tentu Ronaldo tidak ditandatangani hanya untuk berada di bangku simpanan. Dia akan menjadikan kami pasukan lebih bagus.

"Ada beberapa kemungkinan membabitkan pemain lain dan pembelian Ronaldo ini akan memberikan minit permainan yang kurang kepada beberapa pemain lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Solskjaer turut gembira dengan kemenangan 1-0 yang dilakar pasukannya ke atas Wolves dalam aksi EPL di Stadium Stadium Molineux pada Ahad menerusi jaringan tunggal Mason Greenwood.

"Kami mendapat tiga mata, tidak bolos. Greenwood merupakan pemain muda yang berbakat dan mampu menjaringkan apabila diperlukan. Kami bermain baik dan saya perlu mengakui kami juga bertuah dalam perlawanan hari ini," katanya.