X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Presiden Palestin, Menteri Pertahanan Israel bertemu di Ramallah

Benny Gantz (kiri) dan Mahmoud Abbas (kanan)
A
A

RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz pada malam Ahad di bandar Ramallah di Tebing Barat, lapor Xinhua, memetik seorang pegawai kanan Palestin.

Anggota jawatankuasa pusat parti Fatah yang dipimpin Abbas, Hussein al-Sheikh dalam satu kenyataan menyatakan Abbas bertemu dengan Gantz di Ramallah dan berbincang mengenai hubungan Israel-Palestin.

Pertemuan itu adalah yang pertama sejak tahun 2014, sejak rundingan damai antara kedua-dua pihak terhenti.

Gantz berbincang dengan Abbas mengenai meneruskan hubungan antara kedua-dua pihak dan meningkatkan ekonomi pihak berkuasa Palestin, lapor media Israel.

Pada 20 Julai, Gantz menerusi Twitternya berkata: "pembinaan kepercayaan antara Israel dan pihak berkuasa Palestin akan memberi manfaat kepada ekonomi dan keselamatan seluruh rantau."

Proses damai Palestin-Israel terhenti sejak April 2014. Rundingan damai selama sembilan bulan yang ditaja Amerika Syarikat itu tidak membuah hasil berikutan perbezaan pendapat yang ketara mengenai isu persempadanan, keamanan dan penempatan Israel. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!