X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Kabinet baharu perlu terbuka, terima penglibatan semua pihak

Abdul Hadi
A
A

SHAH ALAM - Barisan kabinet baharu perlu bersikap terbuka dan melibatkan semua pihak yang mampu memainkan peranan untuk bersama-sama menjayakan usaha menangani pandemik Covid-19.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penglibatan tersebut termasuklah bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembangkang.

“Jadikan pembangkang sebagai pembangkang yang menasihat, bukannya menggugat tanggungjawab untuk menyelamatkan rakyat dan negara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Menurutnya, semua pihak ketika ini diumpamakan seperti berada di dalam satu bahtera yang sama dan sedang menghadapi gelombang ganas di lautan.

“Sekiranya semuanya selamat, kita semua selamat bersama. Dan sebaliknya jika tenggelam, maka semuanya tenggelam bersama juga,” ujarnya.

Kesemua 31 menteri dan 38 timbalan menteri dijadualkan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Istiadat Angkat Sumpah itu berlangsung selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan senarai jemaah menteri baharu pada Jumaat lalu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!