X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Mohamad Alamin dijangkiti Covid-19, tidak hadir angkat sumpah

Mohamad Alimin dijangkiti Covid-19 dan tidak dapat hadir mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 2.30 petang Isnin.
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan dalam pentabiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan beliau dijangkiti Covid-19 dan tidak dapat hadir mengangkat sumpah jawatan itu pada petang Isnin.

Katanya, beliau sedang dirawat di Kuala Lumpur dan kesihatan dirinya stabil serta dalam keadaan yang baik.

"Minta semua doakanlah ya kesembuhan saya, insya-ALLAH," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Seramai 31 menteri dan 37 timbalan menteri dijadualkan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 2.30 petang Isnin.

Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan barisan kabinet beliau. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!