X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

KSSB bantu golongan terkesan Covid-19

Wakil KSSB mengagihkan sumbangan di Mentari Court PJS 8, Petaling Jaya.
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) melalui program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) fokus membantu golongan yang terkesan dengan penularan Covid-19 di negara ini.

Menerusi satu kenyataan, KSSB berkata, syarikat mengambil inisiatif dengan menyampaikan sumbangan kepada penduduk di beberapa kawasan terjejas berikutan kawasan tempat tinggal mereka dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Agihan sumbangan makanan kepada frontliners di Taman Murni, Sepang.
Agihan sumbangan makanan kepada frontliners di Taman Murni, Sepang.

“Antara kawasan yang menerima sumbangan daripada KSSB ialah Taman Murni, Sepang dan Mentari Court PJS 8, Petaling Jaya di Selangor.

“KSSB turut menyampaikan bantuan peralatan perubatan kepada klinik kesihatan awam, antaranya ialah Klinik Kesihatan Bestari Jaya dan Klinik Kesihatan Dengkil yang berhampiran dengan tapak operasi KSSB.

Wakil KSSB mengagihkan sumbangan kepada Klinik Kesihatan Bestari Jaya di Kuala Selangor.
Wakil KSSB mengagihkan sumbangan kepada Klinik Kesihatan Bestari Jaya di Kuala Selangor.

“Usaha ini sebahagian daripada CSR KSSB kepada komuniti setempat dan bagi menyokong petugas barisan hadapan yang berusaha memastikan wabak Covid-19 tidak terus menular dalam kalangan masyarakat,” kata kenyataan tersebut pada Jumaat.

Menurut KSSB, Jabatan Komunikasi Korporat KSSB akan terus membantu komuniti setempat yang terjejas khususnya di Selangor.

Wakil KSSB mengagihkan sumbangan bantuan peralatan perubatan kepada Klinik Kesihatan Dengkil.
Wakil KSSB mengagihkan sumbangan bantuan peralatan perubatan kepada Klinik Kesihatan Dengkil.

“Semua pihak perlu berganding bahu dan memainkan peranan penting dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung penularan wabak Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Yang Menjaga (PPYM) Klinik Kesihatan Bestari Jaya, Noor Aziela Roslan berbesar hati dan berterima kasih kepada KSSB yang memberikan sumbangan kepada mereka.

Antaran sumbangan KSSB kepada Klinik Kesihatan Bestari Jaya di Kuala Selangor.
Antaran sumbangan KSSB kepada Klinik Kesihatan Bestari Jaya di Kuala Selangor.

“Kami berterima kasih kepada KSSB di atas sumbangan yang diberikan. Sedikit sebanyak dapat melancarkan urusan kami,” ujarnya.

Agihan sumbangan KSSB kepada Klinik Kesihatan Bestari Jaya di Kuala Selangor.
Agihan sumbangan KSSB kepada Klinik Kesihatan Bestari Jaya di Kuala Selangor.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!