Rugi RM10,000: Ditawar 'pelaburan' bursa saham tak wujud

Abdul Rahim Md Din
Abdul Rahim Md Din
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang kerani kerugian hampir RM10,000 selepas diperdaya menyertai pelaburan bursa saham yang tidak wujud.

Menurut sumber, wanita berusia 22 tahun dari Kampung Petai Bubus, mendakwa berurusan dengan seorang lelaki berusia 23 tahun bagi tujuan itu.

Katanya, mangsa mendakwa menghubungi suspek selepas tertarik dengan iklan pelaburan ditawarkan yang dihantar di dalam grup WhatsApp atas nama 'Bursa Saham'.

"Mangsa memasukkan wang ke dalam sebuah akaun menerusi enam transaksi berbeza yang berjumlah keseluruhan hampir RM10,000 bermula pada Ahad lalu dan kali terakhir pada Selasa.

"Dia berbuat demikian selepas mendengar penerangan berkaitan pelaburan itu sebelum suspek meminta memasukkan wang ke dalam nombor akaun bank diberikan," katanya.

Bagaimanapun katanya, mangsa mulai curiga dan pelik kerana meskipun sudah hampir RM10,000 diberikan, tetapi lelaki itu masih meminta berkali-kali agar memasukkan wang.

"Mangsa mula sedar dirinya sudah ditipu dan membuat laporan polis pada Selasa lalu, untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian di Balai Polis Chabang Tiga, di sini.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.