Wei Lun cemerlang kekal rekod bersih

Wei Lun yang kini mendahului dalam Kumpulan B akan berdepan Katerina Curinova dari Republik Czech dalam perlawanan terakhir pada Isnin.
Wei Lun yang kini mendahului dalam Kumpulan B akan berdepan Katerina Curinova dari Republik Czech dalam perlawanan terakhir pada Isnin.
A
A
A

ATLET boccia negara, Chew Wei Lun meneruskan rekod bersih tanpa kalah apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam acara individu campuran BC1 (kecacatan fizikal) peringkat kelayakan Kumpulan B di Sukan Paralimpik Tokyo pada Ahad.

Wei Lun memulakan cabaran pertamanya pagi tadi apabila mengejutkan pemain nombor dua dunia, Witsanu Huadpradit dari Thailand menerusi kemenangan 'tie-break' 1-0, selepas terikat 3-3 dalam saingan yang berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake.

Pemain ranking ke-11 dunia itu kemudian mengekalkan momentum kemenangan apabila bangkit daripada ketinggalan 0-3, untuk menang bergaya ke atas pemain kelapan dunia, Sungjoon Jung dari Korea Selatan, 9-3.

Terdahulu, atlet berusia 25 tahun yang membuat kemunculan sulung di pentas Paralimpik menumpaskan atlet Brazil, Andreza Vitoria de Oliveira 5-2 dalam perlawanan pertama pada Sabtu.

Wei Lun yang kini mendahului dalam Kumpulan B akan berdepan Katerina Curinova dari Republik Czech dalam perlawanan terakhir pada Isnin.

Hanya dua atlet yang menduduki dua tempat teratas daripada setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir. - Bernama

Artikel Berkaitan: