Sila log masuk terlebih dahulu.

FAM tidak pernah bincang tambah pasukan Liga Super

Stuart Ramalingam
Stuart Ramalingam
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan ada melakukan perbincangan untuk menambah bilangan pasukan Liga Super daripada 12 pasukan kepada 16 pasukan seperti yang tular dalam satu video di media sosial pada Ahad.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, penentuan jumlah pasukan turun dan naik tersebut adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa MFL dan ahli lembaga pengarahnya.

"Merujuk kepada satu video yang tular di media sosial pada hari ini, FAM ingin menyatakan bahawa perkara tersebut tidak pernah dibincangkan langsung secara rasmi atau tidak rasmi oleh persatuan ini, sama ada menerusi presiden atau setiausaha agungnya dengan mana-mana pihak lain.

"FAM juga ingin memaklumkan bahawa segala keputusan atau ketetapan bagi jumlah pasukan yang beraksi pada saingan Liga Super dan Liga Premier serta penentuan jumlah pasukan yang turun dan naik bagi kedua-dua liga berkenaan adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan ahli-ahli lembaga pengarahnya," katanya.

Sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan skuad Perak FC yang kini berada di ambang penyingkiran daripada Liga Super berkemungkinan akan terus kekal beraksi dalam liga utama negara musim hadapan.

Menerusi video yang tular di laman media sosial, Ahmad Faizal mendakwa sudah mengadakan perbincangan dengan Stuart dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin untuk membuka saingan Liga Super kepada 16 pasukan berbanding 12 pasukan mengikut saranan FIFA.

Artikel Berkaitan: