Wei Lun bangkit tewaskan atlet Korea Selatan

Aksi Wei Lun, petang tadi. - Foto Facebook Majlis Sukan Negara (MSN)
Aksi Wei Lun, petang tadi. - Foto Facebook Majlis Sukan Negara (MSN)
A
A
A

ATLET Boccia para negara, Chew Wei Lun mempamerkan kebangkitan dramatik bagi menewaskan pemain pilihan dari Korea Selatan, Sungjoon Jung 9-3 pada aksi Kumpulan B, Sukan Olimpik Tokyo, petang tadi.

Wei Lun yang tewas pada dua set awal, bangkit pada dua set berikutnya dengan meraih sembilan mata bagi menewaskan Sungjoon yang juga pemain ranking kelapan dunia ketika ini.

Kemenangan berkenaan menyaksikan Wei Lun gah menerajui Kumpulan B dan dijadualkan berdepan pemain Republic Czech yang juga pemain ranking ke-22 dunia, Katerina Curonova pada Isnin.

Untuk rekod, dua peserta teratas daripada setiap kumpulan layak beraksi ke pusingan seterusnya.

Artikel Berkaitan: