Juruteknik rebah depan restoran

Lelaki ditemukan rebah dan tidak sedarkan diri di hadapan sebuah restoran dekat Taman Keladi, Sungai Petani pada Ahad.
Lelaki ditemukan rebah dan tidak sedarkan diri di hadapan sebuah restoran dekat Taman Keladi, Sungai Petani pada Ahad.
A
A
A

SUNGAI PETANI- Seorang juruteknik tiba-tiba rebah ketika mahu membeli sarapan dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Taman Keladi, di sini kira-kira jam 7.15 pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 57 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, lelaki terbabit dikatakan baru sahaja keluar dari rumahnya di perumahan sama untuk ke tempat kerja di sebuah kilang di Kulim, Kedah sebelum singgah ke restoran terbabit yang menjadi rutinnya setiap pagi untuk membeli makanan.

"Pemeriksaan di lokasi mendapati, mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang di hadapan restoran terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Adzli berkata, hasil temubual pemilik kedai memaklumkan, mangsa yang bekerja sebagai juruteknik mesin akan datang ke kedai itu untuk membeli makanan sebelum ke tempat kerja kira-kira jam 7 pagi setiap hari.

"Dia hanya menyedari kejadian apabila seorang pelanggan memberitahu mangsa telah terjatuh di hadapan kedainya dan tidak sedarkan diri.

"Hasil temubual bersama isteri mangsa menjelaskan kali terakhir dia bertemu suaminya pada jam 6.45 pagi hari kejadian dan mangsa ada mengadu tidak sedap badan namun tetap mahu pergi kerja," jelasnya.

Beliau berkata, siasatan lanjut bagaimanapun tidak menemui sebarang unsur jenayah di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: