Hannah bantu anggota polis, pemandu bas sekolah

Hannah (tengah) menyerahkan sumbangan kotak makanan di Balai Polis Sri Hartamas. - Foto Twitter Hannah Yeoh
Hannah (tengah) menyerahkan sumbangan kotak makanan di Balai Polis Sri Hartamas. - Foto Twitter Hannah Yeoh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Prihatin dengan keadaan petugas barisan hadapan, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membantu sekumpulan anggota dari Balai Polis Sri Hartamas.

Ahli Parlimen dari DAP itu menyerahkan sebanyak 10 kotak berisi makanan keperluan harian kepada 10 anggota yang ketika ini sedang menjalani kuarantin di rumah akibat Covid-19.

"Sebagai wakil rakyat di sini, saya mahu berusaha menjaga frontliners dengan baik.

"Pejabat saya telah menyediakan bakul makanan untuk 10 anggota polis Balai Sri Hartamas yang dikuarantin," ciap Hannah di laman Twitternya pada Ahad.

Dalam ciapan berasingan, Hannah menyerahkan sumbangan sama kepada sekumpulan 60 pemandu bas sekolah yang terjejas.

Beliau yang bersimpati kepada golongan berkenaan turut memaklumkan ada dalam kalangan pemandu terbabit sudah berbulan tidak mempunyai pendapatan susulan sekolah ditutup.

"Pemberian bakul makanan kepada 60 pemandu bas sekolah yang terjejas akibat penutupan sekolah. Sudah beberapa bulan tak ada pendapatan, ada juga yang tak dapat 'start' enjin bas sekolah hari ini," ciapnya.