JPJ Terengganu sediakan khidmat kaunter pandu lalu

Kaunter pandu lalu disediakan JPJ Terengganu di tapak parkir Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus.
Kaunter pandu lalu disediakan JPJ Terengganu di tapak parkir Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus.
A
A
A

KUALA NERUS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menyediakan khidmat kaunter pandu lalu bagi tujuan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) bermula Ahad.

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata, kemudahan kaunter pandu lalu itu dibuka sehingga 30 September depan bagi mengatasi masalah aduan orang ramai yang menghadapi kesukaran memperbaharui LKM dan LMM.

"Masalah ini biasa berlaku disebabkan pelanggan tidak dapat menempah slot janji temu dalam talian selain memberi peluang orang ramai berurusan tanpa perlu membuat janji temu.

"Selain itu, kemudahan ini disediakan sebagai salah satu inisiatif mengelakkan kesesakan pelanggan dalam usaha membantu mengekang penularan jangkitan Covid-19," katanya kepada pemberita pada Program Semarak Merdeka sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke- 64 dan Pelancaran Perkhidmatan Pandu Lalu JPJ Terengganu di parkir Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, pada Ahad.

Zulkarnain memasang bendera pada salah sebuah kereta orang awam bersempena Program Semarak Merdeka sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-64, pada Ahad.
Zulkarnain memasang bendera pada salah sebuah kereta orang awam bersempena Program Semarak Merdeka sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-64, pada Ahad.

Antara urusniaga yang ditawarkan di kaunter pandu lalu itu jelas beliau, termasuklah pembaharuan lesen memandu Malaysia (CDL), pembaharuan lesen kenderaan motor ( cukai jalan persendirian), pembayaran saman ( kecuali yang disenarai hitam) dan cetakan dokumen CDL ( transaksi portal mySIKAP).

Artikel Berkaitan:

Selain itu, katanya, kemudahan pembukaan kaunter hujung minggu turut disediakan bermula pada 13 Ogos sehingga 30 September depan untuk memberi opsyen kepada pelanggan bagi mendapatkan perkhidmatan terus daripada JPJ.

"Perkhidmatan waktu operasi kaunter dibuka pada setiap hari termasuk hujung minggu Jumaat dan Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 12.15 tengah hari (Jumaat) dan jam 9 pagi hingga 1 tengah hari (Sabtu).

"Sejak kemudahan kaunter hujung minggu beroperasi, sebanyak 2, 395 kehadiran direkodkan dengan hasil kutipan sebanyak RM521, 723.50," katanya.

Sementara itu, Zulkarnain berkata, JPJ Terengganu merekodkan sejumlah 563 urus niaga dengan jumlah keseluruhan hasil berjaya dikutip RM42, 772 melalui tawaran diskaun 70 peratus sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64.

"Saya sarankan agar orang ramai mengambil peluang ini menyelesaikan bayaran saman masing-masing dalam tempoh penawaran diskaun ini dan tidak menunggu pada saat-saat akhir bagi mengelak kesesakan," katanya.