Tangan gadis mangsa samun terpaksa dipotong

Tangan kanan Siti Nur Azizah (gambar kanan) yang terpaksa dipotong ditanam di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda pada Sabtu.
Tangan kanan Siti Nur Azizah (gambar kanan) yang terpaksa dipotong ditanam di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] "Kami berharap individu yang melakukan jenayah ini segera dibawa ke muka pengadilan," demikian luah abang saudara kepada Siti Nur Azizah Syafriadi, 17, yang menjadi mangsa samun pada Khamis.

Yusuf Karim, 24, berkata, kejadian itu turut memberikan kesan besar kepada Siti Nur Azizah dan keluarganya apabila tangan adik saudaranya itu terpaksa dipotong bagi mengelakkan daripada dijangkit kuman.

"Siti (Nur Azizah) terpaksa jalani tiga pembedahan di Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan parah yang dialaminya kerana doktor tidak dapat dapat menyelamatkan tangan kanannya yang sudah tidak boleh berfungsi lagi walaupun saluran darah utama sudah dijahit.

"Tangan kanan dia terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman, ketika ini dia masih tidak sedarkan diri dan kami sekeluarga mendoakan agar Siti kuat menghadapi semua ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Dia berkata, Siti Nur Azizah merupakan seorang anak yang rajin membantu ibunya berniaga makananan secara kecil-kecilan

"Siti tak ada lesen, jadi untuk hantar makanan, dia akan hantar bersama teman lelakinya.

"Siti memang rajin bantu ibunya, sebagai anak sulung dalam keluarga, dia seorang anak yang bertanggungjawab," katanya yang turut memberitahu tangan adik saudaranya itu telah ditanam di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda di Jinjang pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Siti Nur Azizah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Siti Nur Azizah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Yusuf berkata, sebagai ahli keluarga terdekat dia mengakui amat sedih dengan kejadian itu dan sentiasa berdoa agar urusan Siti Nur Azizah sekeluarga dipermudahkan.

Katanya, dalam masa sama dia berharap pelaku segera dibawa ke muka pengadilan.

"Saya berharap penjenayah-penjenayah ini segara diberkas, apa yang mereka buat ini sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Kenapa mesti libatkan nyawa, apa yang berlaku ini soal nyawa dan masa depan seseorang itu, memang mereka ini tidak berhati perut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komissioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya masih mengesan individu terlibat dalam kejadian itu.

"Siasatan dari segala aspek sedang dijalankan dan kita berusaha untuk memburu suspek.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya.

Pada Khamis, sepasang kekasih berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditunggang mereka disamun sekumpulan penjenayah di Jalan Kuching di sini.

Dalam kejadian pada jam 12.10 tengah malam itu, mangsa bersama teman wanitanya sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang.

Tiba-tiba, sebuah motorsikal jenis Honda RS150 yang dinaiki oleh dua lelaki telah bertindak menarik tangan mangsa serta melibas kepala mangsa menggunakan mangga rantai motosikal dan terkena belakang topi keledarnya.

Eng Lai berkata, mangsa kemudian telah membuat pusingan dan berpatah balik ke Jalan Kuching menghala ke pusat bandar sebelum sekali lagi dihimpit oleh suspek yang bertindak menendang motosikal mangsa sehingga hilang kawalan dan terbabas ke pembahagi jalan.

Akibat kejadian itu, mangsa dan teman wanitanya terbaring di atas jalan sebelum salah seorang suspek bertindak membawa lari motosikal milik mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan kekasih berdepan detik cemas motosikal dihimpit, disamun