Covid-19 catat 20,579 kes hari ini

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 20,579 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menurun berbanding 22,597 kes pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitternya berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,706,089.

Beliau berkata, Selangor kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 4,591 kes diikuti Sabah (2,578), Sarawak (2,522), Johor (1,852), Kedah (1,755) dan Pulau Pinang (1,378).

“Sebanyak 1,316 kes direkodkan di Kelantan, Perak (1,208), Pahang (839), Terengganu (789), Kuala Lumpur (680), Melaka (636), Negeri Sembilan (329), Perlis (56), Putrajaya (48) dan Labuan (2),” katanya. - Bernama