Lajim selamat dikebumikan

Jenazah Lajim dikebumikan Taman Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Kebatu dan Kampung Kabidang, Beaufort.
Jenazah Lajim dikebumikan Taman Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Kebatu dan Kampung Kabidang, Beaufort.
A
A
A

BEAUFORT - Jenazah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Lajim Ukin, selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kebatu, pada jam 1.50 petang.

Allahyarham yang juga Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dikebumikan di Taman Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Kebatu dan Kampung Kabidang, di sini.

Sebelum itu, jenazah beliau dibawa menaiki van jenazah dari Hospital KPJ Kota Kinabalu dan tiba pada jam 12.40 tengah hari.

Jenazah turut dibawa melewati pekarangan rumahnya sebelum dibawa ke tanah perkuburan sebagai tanda penghormatan terakhir ahli keluarga dan seluruh masyarakat daerah ini.

Turut mengiringi Allahyarham di lokasi persemadian adalah isterinya, Datin Seri Normilah Siong bersama anak-anak, Ketua Bersatu Bahagian Beaufort yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias, Datuk Isnin Aliasnih dan Adun Lumadan yang juga Timbalan Presiden I Persatuan Bisaya Bersatu Sabah, Ruslan Muharam.

Isteri Allahyarham, Normilah menyiram pusara suaminya selepas selesai upacara pengebumian di Taman Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Kebatu dan Kampung Kabidang, Beaufort.
Isteri Allahyarham, Normilah menyiram pusara suaminya selepas selesai upacara pengebumian di Taman Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Kebatu dan Kampung Kabidang, Beaufort.

Artikel Berkaitan:

Lajim, 66, disahkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Allahyarham ditidurkan selepas keadaan kesihatannya dikatakan merosot akibat dijangkiti virus Covid-19.

Beliau dikatakan mendapat jangkitan itu selepas satu lawatan kerja di Kudat pada 12 Ogos lalu.

Sepanjang ditidurkan, keadaan bekas Ahli Parlimen Beaufort itu dilaporkan stabil namun masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.