'Tindakan tegas atau pejam mata selepas 100 hari?'

Mohd Hairi
Mohd Hairi
A
A
A

JOHOR BAHRU - Rakyat menantikan tindakan Perdana Menteri terhadap jemaah menteri sekiranya gagal menunjukkan prestasi cemerlang selepas 100 hari kabinet dibentuk.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, perkara itu menjadi persoalan dalam minda rakyat termasuk apa akan berlaku selepas tempoh tersebut jika tidak memenuhi pencapaian ditetapkan.

"Ini bersandarkan ucapan Perdana Menteri yang mahu membuktikan kepimpinan kerajaan dalam tempoh 100 hari.

"Namun, saya mahu melihat bagaimana Perdana Menteri akan mengambil tindakan terhadap prestasi menteri yang tidak 'perform' dalam tempoh 100 hari mereka.

Mohd Hairi (kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima program pemberian 1,000 bakul makanan kepada masyarakat di Johor Bahru pada Ahad.
Mohd Hairi (kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima program pemberian 1,000 bakul makanan kepada masyarakat di Johor Bahru pada Ahad.

"Kita akan lihat apakah mereka akan dipecat daripada jawatan atau hanya pejam mata," katanya kepada pemberita dalam program pemberian 1,000 bakul makanan kepada masyarakat Johor Bahru di sini pada Ahad.

Hadir sama ialah Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

Mohd Hairi berkata, rakyat Malaysia ketika ini menilai lantikan jemaah menteri baharu sebagai kitar semula.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, ia mungkin diputuskan kerana kepimpinan sedia ada telah mempunyai pengalaman dalam pentadbiran serta pelbagai perancangan semasa di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.