Covid-19 tidak patahkan semangat kibar Jalur Gemilang

Zulkifli gembira usahanya untuk meraikan sambutan kemerdekaan pada setiap tahun mendapat sokongan ahli keluarga yang turut sama-sama membantu menghias kawasan rumah mereka dengan jalur gemilang di Kampung Perik, Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang.

A
A
A

KUALA NERANG - Pandemik Covid-19 tidak mematahkan semangat sebuah keluarga di Kampung Perik, Mukim Kurung Hitam, dekat sini untuk menyambut Hari Kebangsaan Ke-64.

Zulkifli Ibrahim, 48 dan isterinya, Asmaliza Ahmad,43, tidak pernah gagal mengibar dan menghias kawasan rumah mereka dengan Jalur Gemilang pada setiap tahun menyambut merdeka bagi menanamkan rasa cinta kepada negara dalam diri anak-anaknya dan penduduk sekitar.

Menurutnya, usaha itu disambut baik oleh dua anaknya iaitu Nor Syaza Athirah,18 dan Nor Shamimi Aqilah,14, yang turut membantu memasang Jalur Gemilang di sekitar rumah mereka sejak awal Ogos lalu.

"Pada tahun ini, saya berbelanja sebanyak RM600 untuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64 dengan membeli bendera Malaysia, pakaian dan kelengkapan lain.

"Kali ini, saya membuat 15 replika bunga raya menggunakan Jalur Gemilang untuk diletakkan di sekeliling rumah. Aktiviti ini melibatkan semua ahli keluarga dan mereka bersemangat untuk menjayakannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Perik, Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang baru-baru ini.

Zulkifli gembira usahanya untuk meraikan sambutan kemerdekaan pada setiap tahun mendapat sokongan ahli keluarga yang turut sama-sama membantu menghias kawasan rumah mereka dengan jalur gemilang di Kampung Perik, Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang.
Zulkifli gembira usahanya untuk meraikan sambutan kemerdekaan pada setiap tahun mendapat sokongan ahli keluarga yang turut sama-sama membantu menghias kawasan rumah mereka dengan jalur gemilang di Kampung Perik, Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang.

Artikel Berkaitan:

Zuklifli yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dekat sini berkata, sambutan kemerdekaan perlu diraikan oleh rakyat di negara ini dengan cara-cara masing untuk menunjukkan rasa cinta kepada tanah air.

Katanya, generasi muda perlu dipupuk semangat sayangkan negara kerana nikmat kemerdekaan pada hari ini bukan diperoleh dengan mudah.

"Hargailah semangat dan perjuangan daripada nenek moyang dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan dan kita sebagai penyambung warisan ini perlu menjaganya sebaik mungkin," ujarnya.

Tambahnya, mereka sekeluarga merupakan johan Pertandingan Menghiasi Jalur Gemilang Peringkat Daerah pada 2018 di bawah Jabatan Penerangan daerah Padang Terap.

"Kami kemudian berjaya mewakili Kedah untuk kategori individu pada tahun sama namun tewas. Biarpun tewas, ia tidak mematahkan semangat kami sekeluarga untuk terus mengibar Jalur Gemilang pada setiap tahun," katanya.