Tiada taman awam tutup di Kuantan: Polis

Gambar hiasan. (Gambar kecil: Mohamad Noor)
Gambar hiasan. (Gambar kecil: Mohamad Noor)
A
A
A

KUANTAN - Polis Kuantan mengesahkan tiada taman awam di sekitar daerah ini ditutup seperti dakwaan yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya telah mendapatkan pengesahan daripada Datuk Majlis Bandaraya Kuantan, Datuk Hamdan Hussin mengenai perkara itu.

"Datuk Bandar (Hamdan) mengesahkan bahawa tiada penutupan taman- taman awam seperti ditularkan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau memberitahu, semua aktiviti riadah dan sukan di taman- taman awam masih berjalan seperti biasa.

Tambahnya, ia mengikut kemudahan- kemudahan yang dinyatakan di bawah prosedur operasi standard (SOP) Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"SOP fasa kedua dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Rabu lalu," katanya.

Artikel Berkaitan: