Sokongan ahli Pas ‘tok ggogek’!

Ahmad (dua, kiri) memotong reben sebagai tanda perasmian Madrasah Haji Ibrahim, Kampung Jalan Bunut Susu.
Ahmad (dua, kiri) memotong reben sebagai tanda perasmian Madrasah Haji Ibrahim, Kampung Jalan Bunut Susu.
A
A
A

PASIR MAS - Sokongan ahli Pas terhadap parti ‘tok ggogek’ (tetap kukuh) meskipun dikaitkan dengan isu dakwaan rasuah.

Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia berikutan tiada sebarang tindakan undang-undang dikenakan ke atas parti itu sehingga hari ini.

“Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kebenaran kami sentiasa terbuka dalam memberikan kerjasama dalam isu ini,” katanya sebagai mengulas isu dana RM90 juta dari Umno.

Terdahulu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan merasmikan Madrasah Haji Ibrahim yang turut dihadiri ADUN Tendong, Rozi Muhammad di Kampung Jalan Bunut Susu di sini, hari ini.

Ahmad merasmikan Madrasah Haji Ibrahim, Kampung Jalan Bunut Susu.
Ahmad merasmikan Madrasah Haji Ibrahim, Kampung Jalan Bunut Susu.

Menurutnya, sekiranya dakwaan itu benar Pas sedia berdepan tindakan jika disabitkan kesalahan namun parti itu sama sekali tidak akan bersekongkol dengan perkara yang tidak benar.

Ahmad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu (isu rasuah) sengaja diada-adakan dengan tujuan mengalih pandangan terhadap satu-satu isu.

Sinar Harian semalam melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun bank serta merampas beberapa aset termasuk kereta mewah disyaki milik pemimpin Pas berhubung siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Artikel Berkaitan: