Lajim meninggal dunia akibat Covid-19

Lajim Ukin
Lajim Ukin
A
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Lajim Ukin, disahkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi Ahad.

Perkara itu disahkan isterinya, Datin Seri Normilah Siong kepada Sinar Harian sebentar tadi.

"Ya benar, beliau telah meninggal pada jam 6.23 pagi tadi dan saya telah menerima panggilan daripada pihak hospital.

"Setakat ini masih di Hospital KPJ namun jenazahnya saya akan bawa juga pulang ke Beaufort," katanya.

Pada Selasa lalu, Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu dilaporkan ditidurkan selepas keadaan kesihatannya dikatakan merosot akibat dijangkiti virus Covid-19.

Sepanjang ditidurkan, keadaan bekas ahli Parlimen Beaufort itu dilaporkan stabil namun masih bergantung dengan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan: