Wei Lun tewaskan atlet Brazil

Wei Lun. Foto: FB Majlis Sukan Negara (MSN)
Wei Lun. Foto: FB Majlis Sukan Negara (MSN)
A
A
A

ATLET Boccia para negara, Chew Wei Lun juga pemain ranking ke-11 dunia berjaya menewaskan atlet Brazil, yang juga pemain ranking ke-66 dunia, Andreza Vitoria de Oliveira pada pusingan pertama Boccia, Sukan Paralimpik Tokyo, 2020 pada Sabtu.

Bagaimanapun, Wei Lun perlu memastikan dirinya berada kedudukan kedua teratas kumpulan untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Pada Ahad, Wei Lun bakal berdepan pemain ranking kedua dunia dari Thailand, Wisanu Huadpardit pada sesi pagi.

Wei Lun jug abakal berdepan cabaran daripada pemain ranking kelapan dunia, Sung Joon Jung dari Korea Selatan pada sesi petang.

Artikel Berkaitan: