Kerjasama korporat penting, graduan lebih berdaya saing

Sebahagian pelajar yang menyertai KVSM Annual Beach Run 2019.
Sebahagian pelajar yang menyertai KVSM Annual Beach Run 2019.
A
A
A

MANJUNG - Kolej Vokasional Seri Manjung (KVSM) akan terus menjalinkan kerjasama korporat dengan pihak swasta dalam usaha memperkenalkan graduan kepada pentas pekerjaan apabila tamat pengajian di pusat itu.

Ketua Jabatan Pembangunan KVSM, Mohd Fauzi Mohd Roni berkata, usaha ini adalah selaras dengan galakan kerajaan untuk memastikan graduan kolej vokasional lebih berdaya saing dalam industri.

“Dalam usaha itu, KVSM menjalinkan kerjasama dengan Marina Island Pangkor Resort dalam program ‘KVSM Annual Beach Run 2019’ yang melibatkan hampir 600 penyertaan pagi tadi.

“Program julung kali diadakan ini merupakan salah satu bentuk pembaharuan yang dirancang KVSM bagi memastikan pelajar pelajar menikmati aktiviti berbentuk fizikal dilaksanakan dalam suasana yang menarik dan kondusif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Program ini merupakan salah satu bentuk kerjasama korporat diantara Kolej Vokasional Seri Manjung dengan Marina Island Pangkor Resort Sdn Bhd.

No Image Caption

Mohd Fauzi berkata, KVSM Annual Beach Run 2019 diadakan bagi menggantikan aktiviti merentas desa yang merupakan program tahunan sekolah.

“Ia melibatkan hampir 600 warga KVSM yang terdiri daripada pelajar, pensyarah, anggota kumpulan sokongan serta Pegawai Perhubungan Sekolah Polis Diraja Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Jika sebelum ini pelajar kita melalui kawasan ladang kelapa sawit dan juga lorong-lorong perumahan awam, alhamdulillah dengan bantuan dan kerjasama dari Marina Island Pangkor Resort serta Majlis Perbandaran Manjung, kita dapat membawa pelajar menjalankan aktiviti ini di kawasan persisir pantai sambil menikmati pemandangan yang indah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Marina Sanctuary Resort Sdn Bhd, Ding Mei Looi berkata, Marina Island sentiasa menjalankan kerjasama erat dengan KVSM.

“Kami juga menerima pelatih OJT serta graduan KVSM bekerja di bahagian penyenggaraan elektrik merangkumi resort percutian, rumah kedai, bangun pejabat serta villa yang terdapat di sekitar pulau buatan manusia ini.

“Malahan, kami sentiasa memerlukan tenaga kerja bagi membantu dalam operasi harian resort, terutamanya di hujung minggu, pelajar KVSM ditawarkan untuk bekerja secara sambilan,” katanya.