Aksi agresif lawan punca Abu Samah tewas

AksiI agresif lawan disifatkan sebagai antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan atlet tenis para negara, Abu Samah Borhan untuk mara ke pusingan ketiga Sukan Paralimpik Tokyo 2020. - Foto Bernama
AksiI agresif lawan disifatkan sebagai antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan atlet tenis para negara, Abu Samah Borhan untuk mara ke pusingan ketiga Sukan Paralimpik Tokyo 2020. - Foto Bernama
A
A
A

AKSI agresif lawan disifatkan sebagai antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan atlet tenis para negara, Abu Samah Borhan untuk mara ke pusingan ketiga Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Menurut atlet berusia 36 tahun itu, lawannya Tom Egberink dari Belanda dilihat mempamerkan aksi bertenaga dan konsisten di sepanjang pertemuan berkenaan.

“Mengenai permainan tadi, permainan pihak lawan memang konsisten danb agresif. Ia nyata berbeza dengan permainan yang saya pamerkan.

“Hari ini saya bertemu dengan pemain yang berada pada ranking yang jauh lebih baik berbanding saya dan ternyata permainan yang ditunjukkannya berada pada tahap yang berbeza berbanding dengan lawan saya semalam, (Jumaat).

“Malah, dia (Egberink) juga dilihat mengamalkan serangan balas pada pertemuan berkenaan hingga berjaya memerangkap saya,” katanya selepas tamat perlawanan pada Sabtu.

Pada Sabtu, Abu Samah tewas 0-6, 1-6 kepada Egbrink yang juga pemain ranking kelapan dunia pada ketika ini dalam tempoh 47 minit.

Sementara itu Abu Samah berkata, dia sememangnya menjangkakan mampu pergi lebih jauh pada temasya Paralimpik kali ini.

Bagaimanapun menurutnya, hasil undian telah menemukannya dengan Egberink yang berada pada ranking yang jauh lebih baik pada pusingan kedua.

Artikel Berkaitan:

“Saya memang menjangkakan saya boleh pergi lebih jauh pada temasya Paralimplik kali ini, tetapi saya telah berjumpa dengan pemain yang lebih baik pada pusingan awal.

“Secara kesimpulannya, di sinilah kemampuan saya kali ini iaitu menamatkan perjuangan saya pada kedudukan dalam kelompok 32 pemain terbaik.

“Insya-ALLAH, saya akan perbaiki lagi persembahan saya pada temasya Paralimpik seterusnya di Paris pada 2024 nanti,” katanya.