Wiro mohon maaf gagal ke pusingan seterusnya

Wiro (empat kanan), pada acara compound Sukan Paralimpik Tokyo 2020. - Foto Facebook Majlis Sukan Negara
Wiro (empat kanan), pada acara compound Sukan Paralimpik Tokyo 2020. - Foto Facebook Majlis Sukan Negara
A
A
A

ATLET memanah negara Wiro Julin memohon maaf atas kegagalannya mara ke pusingan seterusnya dalam acara memanah Sukan Paralimplik Tokyo 2020 apabila tewas 126 – 136 kepada atlet Rusia, Bair Shigaev dalam acara compound, pada Selasa.

Menurut Wiro, dia juga berharap dapat memperbaiki segala kelemahan yang dimiliknya bagi dalam usaha menjamin kejayaan pada masa akan datang.

“Kepada rakyat malaysia saya ingin mohon maaf kerana gagal mara ke peringakat seterusnya hari ini (Sabtu).

“Saya dah cuba yang terbaik, tetapi mungkin bukan rezeki saya kali ini. Saya akan perbaiki kelemahan yang ada dan cuba untuk berikan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Tidak kira samada ia kejohanan besar atau kecil, saya akan buat yang terbaik demi negara,” katanya pada Sabtu.

Pada Sabtu, Wiro dilihat mencatatkan panahan yang agak baik namun Sigaev berjaya merekodkan empat panahan sempurna bagi mencatatkan kelebihan mata.

Sementara itu Wiro berharap kegagalannya hari ini tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus mencuba pada masa akan datang.

Malah katanya, kegagalan kali ini akan dijadikan pengalaman untuk dia berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan kejayaan kelak.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun ini merupakan penampilan pertama saya di Olimpik, saya berharap ia juga bukan penampilan terakhir saya.

“Saya dah cuba buat yang terbaik dan saya akan cuba lebih baik pada masa hadapan,” katanya.