Abu Samah gagal ke pusingan ketiga

Aksi Abu Samah pada Sabtu. foto: BERNAMA
Aksi Abu Samah pada Sabtu. foto: BERNAMA
A
A
A

ATLET tenis para negara, Abu Samah Borhan gagal mara ke pusingan ketiga perseorangan lelaki apabila tewas kepada pemain Belanda, Tom Egberink 0-6, 1-6 di pusingan kedua pada Sabtu.

Egberink yang juga pemain ranking kelapan dunia ketika ini dilihat beraksi cemerlang pada set pertama sehingga mencatat kemenangan 6-0 dalam masa 21 minit.

Egbrink kemudiannya dilihat terus mendominasi set kedua dan melakar kemenangan 6-1 dalam tempoh 26 minit.

Berdasarkan rekod, ia merupakan kekalahan ketiga Abu Samah kepada Egberink setakat ini.

Terdahulu, pada aksi pusingan pertama pada Jumaat, Abu Samah mempamerkan kebangkitan dramatik ketika berdepan pemain Costa Rica, Jose Pablo Gil.

Abu Samah yang tewas 4-6 pada set pertama mempamerkan semangat juang tinggi untuk menang 6-3, 6-2 pada dua set berikutnya.

Artikel Berkaitan: