X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Ketengahkan pemimpin muda dalam kabinet baharu

Muhamad Muqharabbin
A
A

SHAH ALAM - Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin memberi cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar memberi ruang mengetengahkan pemimpin muda daripada parti gabungan yang membentuk kerajaan untuk menyertai kabinet baharu.

Antara nama pemimpin muda yang dicadangkan ialah Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda Pas, Senator Khairil Nizam Khirudin.

“Antara yang saya lihat dan digemari oleh orang muda ialah saudara Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO.

"Beliau dilihat begitu mendapat perhatian warga maya di Twitter, Facebook, Instagram dan juga media massa kerana kelantangan beliau dalam berdebat membawa isu-isu rakyat serta sangat berpengetahuan luas dalam bidang ekonomi.

“Seperti juga Perdana Menteri, beliau memulakan langkah awal sebagai Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2008. Mungkin juga Shahril dapat diberikan ruang untuk beliau di sana sebagai pendedahan awal,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, Ismail Sabri Jumaat mengumumkan senarai barisan kabinetnya yang terdiri daripada 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri.

Mengulas lanjut, Muhamad Muqharabbin berkata, beliau juga menyokong sekiranya Asyraf Wajdi diberikan tugas khas dalam membantu pemulihan ekonomi negara.

Menurutnya, cadangan itu sekiranya dapat direalisasikan dijangka mampu membawa satu perubahan lebih baik terhadap negara pada pilihan raya umum akan datang terutamanya dalam isu berkait penglibatan anak muda dalam politik.

“Saya menyeru agar dapatlah Perdana Menteri menimbang cadangan dan harapan pemimpin-pemimpin muda seperti kami,” ujar beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!