Angkara Covid-19, tiga anak kecil 'ditinggal' di rumah

Rakaman klip video yang dimuat naik Sze Han di laman Facebook memaparkan beliau bersama pasukan tampil bagi membantu tiga beradik berkenaan.
Rakaman klip video yang dimuat naik Sze Han di laman Facebook memaparkan beliau bersama pasukan tampil bagi membantu tiga beradik berkenaan.
A
A
A

PUCHONG - Tiga beradik yang masih kecil tinggal di rumah tanpa pengawasan orang dewasa selepas ibu mereka

meninggal dunia akibat Covid-19 manakala ayah pula kini bertarung nyawa di hospital angkara wabak durjana itu.

Nasib tiga beradik masing-masing berusia 9,7 dan 3 tahun itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han.

Menerusi kemas kini di laman Facebook, Sze Han berkata, selepas mendapat maklumat mengenai tiga kanak-kanak itu, beliau bergegas meninggalkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat bagi meninjau keadaan pihak terlibat.

"Saya bergegas ke Pangsapuri Seri Cempaka untuk menziarahi tiga kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa penjaga.

"Ibu mereka telah meninggal dunia manakala bapa mereka pula masih sedang bertarung nyawa melawan Covid-19," katanya menerusi kemas kini berkenaan.

Sze Han berkata, pihaknya tampil membawa barangan seperti makanan dan anak patung bagi menenangkan hati tiga beradik berkenaan.

Tambah Sze Han, pasukannya juga akan mengawasi tiga beradik itu bagi memastikan mereka selamat dan tidak kelaparan.

"Saya sangat kagum dengan ketabahan mereka.

"Abang sulung menjaga adik-adiknya. Saya sangat risau kerana mereka terlalu kecil untuk ditinggalkan tanpa penjaga," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Sze Han, pihaknya berterima kasih kepada jiran setempat yang sudi menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak terbabit.