YIDE sumbang 200 beg jenazah pesakit Covid-19

Penyerahan peralatan itu dilakukan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Azreen Syazril kepada Nur Ayutimasery (kanan).
Penyerahan peralatan itu dilakukan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Azreen Syazril kepada Nur Ayutimasery (kanan).
A
A
A

KLANG - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) memberi sumbangan sebanyak 200 beg mayat bernilai RM15,200 diserahkan kepada Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, pada Jumaat.

YIDE dalam kenyataannya berkata, pihak yayasan berkenaan menyedari keperluan beg mayat untuk digunakan bagi menguruskan jenazah pesakit-pesakit Covid-19.

"Inisiatif diambil atas kecaknaan pihak YIDE terhadap situasi semasa rentetan kes kematian dilaporkan akibat pandemik Covid-19 masih banyak khususnya di Selangor yang saban hari mencatat kes tertinggi,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Penyerahan peralatan itu disemurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Profesor Azreen Syazril Adnan kepada wakil Jabatan Forensik HTAR, Dr Nur Ayutimasery Abdullah.

Dalam pada itu, YIDE menyerahkan 4,000 set peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM138,000 kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk digunakan oleh petugas-petugas pengebumian jenazah Covid -19.

“YIDE mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang korporat, orang awam, syarikat swasta serta syarikat milik kerajaan (GLC) yang menghulurkan sumbangan.

“Orang ramai yang ingin menyumbang boleh terus ke platform digital YIDE https://yide.com.my/donations/infaq-dana-musibah/ atau terus pindahan dalam talian melalui akaun Bank Islam YIDE bernombor 12234010007330,” katanya.

Setiap sumbangan layak mendapat pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 melalui resit rasmi YIDE.

Artikel Berkaitan: